 |
"Keusahawanan dan Pendidikan Global" "Kemahiran Menjamin Kehidupan" |
Program Khidmat Masyarakat Sempena 50 Tahun MARA & Program Penerangan Amanah Ikhtiar Malaysia adalah sebuah program telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan GIATMARA Rasah sebagai sebuah medium membudayakan kemahiran kepada penduduk setempat sekaligus mendekatkan rakyat bersama pemimpin tempatan.
Program ini telah dilaksanakan bersama-sama dengan pihak MARA dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Negeri Sembilan bagi menyalurkan maklumat kepada peserta dan pelatih GIATMARA berkaitan dengan bantuan-bantuan serta kemudahan kewangan yang disediakan oleh pihak MARA dan AIM khususnya.
Program tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya pada
21 -22 Mac 2016 (Isnin-Selasa) di GIATMARA Rasah dan telah dirasmikan oleh
Y.B. Dato' Hasim bin Rusdi, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan Merangkap ADUN Kawasan Labu.
 |
Kursus Sulaman Riben |
 |
Kursus Gunting Rambut |
 |
Ketibaan Y.B. Dato Hasim bin Rusdi |
 |
Dari Kiri : Tn. Hj. Amran bin Awang (Pengarah GIATMARA Negeri Sembilan), En. Mumfahir bin Suparja (Pengarah MARA Negeri Sembilan, Y.B Dato Hasim bin Rusdi (ADUN Kawasan Labu), Wakil AIM |
 |
Sesi Ucapan Y.B Dato' Hasim bin Rusdi
|